Pages

Thursday 17 February 2011

Ohh Sungai Klah

Nama Felda Sungai Klah diambil sempena nama ikan klah yang terdapat di sungai Sungkai sinonim dengan lokasi tanah rancangan yang terletak di Mukim Sungkai, Perak.

Felda Sungai Klah adalah di antara Felda yang tertua ditubuhkan di Malaysia. Ia telah wujud semenjak tahun 1964 dan sehingga hari ini ia telah berusia 46 tahun.

Pada mulanya tanaman utama di Felda terhad kepada tanaman getah. Namun, rata –rata peneroka disini telah bertukar kepada ke tanaman kelapa sawit bagi menaik taraf kehidupan masing-masing. Namun masih ada segelintir penduduk yang masih mengusahakan tanaman getah dan juga mengerjakan ladang buah-buahan untuk menjana pendapatan sampingan.

Uniknya rancangan Felda Sungai Klah adalah populasi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli berbandingan tanah rancangan Felda lain yang didominasi oleh kaum Melayu.Terdapat 369 buah keluarga di tanah rancanagan ini.

Tarikan utama di Felda Sungai Klah adalah Taman Rekreasi Air Panas atau lebih dikenali sebagai “Hot Spring”, perusahaan Homestay dan Perkampungan Orang Asli Tesong.